Inception

Inception, filem sains fiksyen yang paling saya minat dan sudah menontonnya lebih daripada 5 kali. Filem ini bersifat enigmatik. Setiap kali saya ulang tonton, fahaman saya kepada jalan ceritanya pasti berbeza.

Minggu lepas, saya ulang tonton filem ini untuk kali yang entah ke berapa. Kali ini saya memahami mesej filem ini dari sudut yang belum pernah saya jumpa.

Apa yang saya nampak, filem Inception adalah gambaran kehidupan kita yang taksub dengan alam maya iaitu dunia media sosial dan bahaya yang menanti. Benarkan saya beri sinopsisnya dahulu.

Dominick Cobb, lakonan Leonardo DiCaprio ialah seorang penggodam mimpi yang masuk ke dalam mimpi seseorang untuk mencuri maklumat sulit khususnya daripada golongan korporat. Ini adalah satu jenayah licik untuk menjatuhkan empayar perniagaan.

Namun begitu tugasan kali ini bukan lagi untuk mencuri, tetapi menanamkan idea di dalam minda bawah sedar seorang CEO muda (Robert Fischer) supaya beliau membubarkan syarikat milik ayahnya. Cobb dibantu oleh beberapa ahli penggodam untuk memastikan proses penanaman idea ini berjalan dengan sempurna.

……

Filem Inception ini mengambarkan dunia media sosial yang kita guna setiap hari. Setiap hari pelbagai idea ditanam di dalam minda kita melalui propaganda, berita palsu, hiburan kejam, ilmu sesat.

Semakin hari semakin kuat ketagihan sehinggakan dunia realiti tidak lagi menjadi penting. Bangun sahaja dari tidur, perkara pertama yang kita akan buat ialah menyemak notifikasi yang masuk ke telefon pintar/komputer. Mengharapkan adanya mesej dari dunia sana.

Cobb yang saya bayangkan adalah pencipta ‘dunia media sosial’. Terilham daripada idea escaping reality, satu alam yang sempurna, tidak perlu makan, tidak perlu tidur, tiada tanggungjawab kepada keluarga. Cobb kemudian membawa isterinya (Mal) masuk di dalam dunia itu. Inilah kesilapan terbesar Cobb. Memperkenalkan isterinya kepada dunia fantasi yang mengkhayalkan.

Oleh kerana dunia baru ini boleh digubah mengikut keinginan dan imaginasi, Mal menjadi ketagih sehingga sanggup melupakan anak-anaknya di dunia sebenar. Malah Mal enggan membenarkan suaminya mendekati dia di dalam dunia sebenar walaupun Mal sangat menyayangi Cobb di dunia satu lagi.

Cobb di dalam dunia itu digambarkan sebagai seorang suami yang romantis, penyayang, sempurna dan mampu membahagiakannya.

Bukankah ini yang berlaku di media sosial? Suami isteri menayangkan episod cinta mereka kepada dunia dengan berkongsi cerita manis, video romantis, gambar hadiah dan sisipan madah cinta. Masing-masing cuba menghidupkan Laila dan Majnun di dunia maya, seolah-olah hubungan mereka ini adalah yang terulung dan sukar dipisahkan.

Realitinya, masing-masing punya kekasih gelap atau sedang dalam proses perceraian.

Segalanya dihamparkan dengan begitu cantik sekali. Kita pilih dan guna gambar profile yang paling menarik untuk menunjukkan sisi sempurna kita. Kemudiannya kita bina karakter berdasarkan alter-ego supaya imej yang dipaparkan di dalam dunia ini dihormati dan dipandang serius.

Contohnya:

Saya yang cacat ini tidak kelihatan cacat di dunia fb namun di luar, saya adalah wanita yang nampak huduh, lemah dan tidak berkepentingan di dalam komuniti.

Beruntungnya saya ni, saya mempunyai kelebihan menulis dengan baik. Jadi dengan menggunakan kuasa tulisan, saya cipta satu identiti. Di fb saya dilihat sebagai seorang yang kuat, lantang, berani, bersemangat, serius dan sesekali kelakar.

Imej yang saya bentuk itu adalah untuk mendapat tempat yang baik di dalam dunia maya. Tapi di dunia sebenar, tak ada orang peduli pun, malah dicaci.

Begitu juga dengan perkongsian gambar makanan yang cukup menarik cara hidangannya. Kawan² di dunia maya ini memuji betapa beruntungnya kita kerana dapat makanan yang sedap, sedangkan dalam sebulan, mungkin itulah satu-satunya makanan enak yang dapat dijamah.

Atau mungkin juga gambar itu dikongsi sekadar untuk menunjukkan yang kita ni rajin di dapur. Secara terancang, kita mahu dilihat sebagai seorang isteri yang ideal, juga ibu yang mithali. Hakikatnya, kadang-kadang anak makan nasi dengan telur goreng kicap sahaja.

Di dalam dunia fb ini, kita kumpul beribu kawan berpuluh ribu pengikut. Which is weird for me. Pengikut? Dah rasa macam ketua kumpulan ajaran sesat pun ada.

Kembali kepada filem Inception. Mal (lakonan Marion Cottilard) mengalami kemurungan yang serius akibat tidak mahu meninggalkan dunia mimpi itu. Jadi terpaksalah Cobb mencipta satu skrip mimpi dimana Mal dan dia bersetuju untuk membunuh diri dengan berbaring di landasan keretapi (deactive and delete account).

Apabila seseorang itu ketagihan dunia sosial, agak sukar bagi mereka untuk berhenti secara mengejut dan tanpa rela. Mal yang terlalu bergantung kepada dunia itu untuk mencari bahagia, tidak boleh menerima perubahan itu. Pada Mal, dunia realiti ini tidak lagi sesuai baginya.

Lalu Mal mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkap hotel di malam ulangtahun perkahwinan mereka.

Saya pasti ada di antara kita punya keinginan untuk berhenti dari menggunakan media sosial tetapi ketagihan itu membuatkan kita tetap log-in. Media sosial adalah escapism for some.

Untuk commit ‘media social suicide’ bukan mudah. Siapa mahu tinggalkan syurga yang bertahun dibina untuk kembali ke neraka yang menyakitkan?

Babak yang berulang yang memberi kesan kepada saya ialah bayangan anak-anak mereka. Cobb dan Mal hanyut di dalam dunia mimpi mereka sehinggakan wajah anak-anak pun mereka tak mampu ingat. Apakah kita pun begitu?

Kita ambil gambar anak-anak, tampal di dalam dunia maya ini supaya dunia ini tidak sunyi dari kehadiran mereka. Kita hiasi akaun kita dengan segala yang sempurna. Dari suami, anak, isteri, makanan, pakaian (OOTD), tempat percutian, ideologi.

Kemudian kita pilih sahabat mengikut status sosial yang kita mahukan.

Dunia alternate yang kita bina ini, sooner or later boleh memusnahkan hidup jika kita hilang kawalan diri, atau menjadi seperti Saito, stayed in limbo.

Selepas menonton Inception kali ini, semakin kuat tekad saya untuk membunuh akaun fb ini dan kembali menikmati dunia realiti yang dipenuhi dengan cabaran, kasih sayang dan yang paling penting ialah, dunia yang sebenar ADA sempadan.

Tanpa media sosial, orang tak lagi tahu apa yang saya fikirkan, ke mana saya pergi, apa yang anak-anak buat, atau apa yang sedang viral.

Tahniah kerana berjaya membaca sehingga habis.

POST PARTUM DEPRESSION

New mothers are expected to be perfect after bringing-in a bundle of joy to her family. This expectation makes it impossible for a mother to show her true struggle and has to pretend everything is in a good order. Society wants to see a tender loving mother, gently handling her baby and serenade a lullaby while putting her baby to sleep. This is the perfect standard for a new mother.

However, what society didn’t know is, new mothers these days has to deal with a lot of issues by herself; internal, external, social, hormonal, financial, physical and mental. This immense pressure can make a mother lost her sanity and commit harm to herself or her child. In our Malay society, we always use the word ‘meroyan’ to terrify new mother of what she could become if she failed to recuperate according to Malay traditional practice. And people are quick to blame mothers for any wrongdoing. So she has to be perfect and self-sacrificing to the point of self-annihilation.

It is difficult to educate people about mental health as our society is still firmly attached to cultural belief. Traditional families tend to highly value the maternal role above all else, and sometimes expect that mothers sacrifice everything about themselves. Even if the new mother has prepared herself with knowledge about recovery after birth, her opinion may be discarded by her family member. And she has no choice but to agree while her emotion starts to collapse.

Social media is probably the best platform to educate a large number of people, all ages. Doctors and psychiatrist can be proactive by writing informative articles for public awareness as often as possible. Perhaps it is a good idea too, to introduce Psychology 101 as a compulsory subject for high school students. This will cover more than just a Post-partum topic.

Personally, I was at the verge of post-partum psychosis within a month after I had my first child. As much as I love my baby, my mind keeps playing the bloody scenes of me stabbing my child, repetitively. I am never a violent person, so it still bothers me to this day of how could this maniacal thoughts came to my head when I was supposed to be happy with my new-born baby.

I considered myself lucky for accidentally watch a tv show, which happened to discuss about post-partum depression. Only then I knew why I have the brutal images constantly running through my head and why sometimes I felt overwhelmed or vulnerable. Slowly, I began to recover by taking control of my emotion. Ignoring some of the primitive ‘pantang larang’ is what I did. It works like a charm, as I expected.

No matter how strong a woman portray herself to the society, this will change after the birth of her child. She no longer wants to be her old self. Her focus of attention is only on her child and her social image is the least matter in her mind. She may even anticipate her husband and her family member to help her out as much as possible while she spends her time nursing her baby.

However, not all husband including men in Malay society understand about post-birth recovery. Many assumed giving birth is just a normal bodily process. Some husbands turning their eyes blind, ignoring the reality that their wife is trying so hard to balance her new life, with new routines of breastfeeding, staying all night because of a colicky baby, child-rearing and suffering body-ache and tiredness.

Perhaps most men in our country were brought up with a belief that a husband is the king of the house and there is no teamwork in marriage. Wife has to do all housework by herself. Excuses are not accepted as it is a sign of weakness, incompetent and unfit. This mentality is still strong and many women suffer in silence.

We may need to stop using the word ‘meroyan’ and replace it with Post Partum Blues/Depression instead. Meroyan for generations has carried negative connotation, which makes it difficult for new mother to talk to anyone even to medical practitioner about their thoughts and worries. Mothers are regular human beings, flawed and ordinary. Our understanding towards their new role is vital for their health and the child safety.

Have a great weekend.

Dakota Dykia

Image

Kari Bini

Placeholder Image
“Bini saya hari² masak kari. Jemu toksah dok habaq la. Puas saya cakap, saya nak makan sambal dengan ulam, dia masak kari jugak! Ni la nasib bila kawin dengan mamak. Cemuih makan kari!”
Ketawa saya melayan bebelan pakcik yang berumur 70’an malam tadi di kedai makan. Beberapa kali dia cuba ajak saya bersembang. Pada awalnya saya tak begitu nak melayan, tapi bila saya lihat wajah kedut seribu tu, tak sampai hati pula.
“Pakcik… dok makan kari hari² pun, mampu juga bertahan 50 tahun ye? Pasaipa kalau dulu okay, la ni tak dah?” tanya saya.
Semakin panjang dia membebel menyentuh itu tak betul, ini tak kena. Marahkan bini masak pindang tak letak kunyit hidup lah, kalau bini berletiaq, tangan dia bersilat sampai ke muka la.
Yang paling menarik, sempat juga dia mengusik kenangan silam, bercerita tentang girlfriend lama, orang Nismilan yang kononnya patut jadi jodoh dia. Ni mesti kes kebulur gulai lemak cili api, sampai kan awek lama pun boleh terkenang. Awek tu pun agaknya dah umur 70 macam dia…haha.
Sepanjang berbual, selang 1 cerita, dia akan petik pasal kari bini. Gayanya macam dia dah muak sangat le tu.
“Okaylah, pakcik nak balik ni. Tadi pi pasat malam beli kepala ikan. Satgi nak suruh dia buat kari. Kari tempat lain tak sedap.
Pastu pukul 3 pagi, pakcik nak bawa moto pi Penang, cari nasi kandaq. Hari² kena makan nasi kandaq, baru rasa seronok hidup.”
Okay…sekarang saya keliru. 90% cerita dia tadi, macam dia benci benar dengan kari. Ni yang beli kepala ikan, lepas tu awal pagi nak makan nasi kandaq ni…kari ka padiaa?”
#celaru

Sudah jatuh ditimpa tangga

“Kamu tak nak tukar kereta ke? Pakai Mercedes ke, BMW ke..”
 
Makcik A, kawan mak datang ke rumah saya unannounced. Saya ni memang kurang senang jika orang datang rumah tanpa diundang. Kadang² kita ni sibuk hal anak nak ke sekolah lah, nak keluar beli barang dapur lah. Kalau pun nak datang, call la dulu…
 
Oh ye. Datangnya bersebab. Nak promote pelaburan emas. Bersungguh-sungguh makcik A menceritakan kejayaan upline dia yang sudahpun berjaya membeli kereta mewah dan hidup seperti jutawan.
 
“Pejabat urusan company ni di Hong Kong. Memang ini syarikat antarabangsa yang berjaya, jangan takut. Makcik pun dah lama melabur.”
 
Makcik A ni silap cari client. Saya ni jenis yang tidak materialistik. Life saya cukup simple dan praktikal. Beli jika perlu. Dan mengikut kemampuan, bukan kehendak.
 
Saya cuma respon begini;
 
“Makcik, kalau saya nak beli Beemer, lama dah saya beli. Tapi saya masih sayang lori kemek saya tu.”, sambil jari saya menunjuk ke arah Optimus Prime yang berparking segak di porch rumah.
 
Makcik A pulang dengan penuh kehampaan. Dia ingat saya ni seperti orang lain yang gila jenama, gila harta, gila kuasa. Saya cuma gilakan buku, ilmu dan pengalaman. Itu sahaja obsesi saya.
 
Even jika diberi pilihan, kereta BMW baru atau peluang melanjutkan pelajaran dengan pembiayaan penuh, 100% pilihan saya adalah yang ke-2. Tak payah fikir 2 kali pun.
 
Nak dijadikan penutup cerita, akhirnya makcik ini ditipu lebih RM200,000 (duit pencen) oleh sindiket pelaburan emas yang dipromosikan nya dulu.
 
Saya kesian dengan makcik ni sebab ujian besar-nya datang bertimpa-timpa. Sudah lah duit hilang dikebas penyamun berlesen, suami pun dirampas orang.

Graviti

Yuhuuu…Baru balik Solat Jumaat ke bang?
 
Harini saya nak abang buat perbandingan antara isteri dan girlfriend abang.
 
Isteri abang bau bawang,
Bau girlfriend pula aduhai…semanis buah strawberi yang dah matang.
 
Isteri perutnya buncit gelebeh,
perut girlfriend pula kemas terletak.
Geram rasa nak rangkul je pinggang dia kan?
 
Buah dada isteri, ya tuhan…
jika dilondehkan baju dalamnya,
macam belon kecut, kendur dan penyek.
Bila ditenung lama, boleh hilang selera.
 
Buah dada girlfriend pula, bikin dup dap jantung jika dipandang.
Walaupun tertutup dek selendang, tapi imaginasi liar abang, dah tembus sampai ke tulang. Sebegitu hebat tarikan mammary gland perempuan yang belum jadi milik abang.
 
Oii bang, kau sedar tak?
 
Isteri abang dulu bukan pernah jadi girlfriend ke?
Isteri abang dulu bukan pernah wangi ke baunya?
Isteri itu dulu bukan pernah ramping ke pinggangnya?
Isteri itu dulu juga pernah kenyal buah dadanya.
 
Tetapi, wanita yang berstatus isteri ini sanggup mengorbankan kecantikan tubuhnya, sanggup menjadi buruk seperti sekarang, demi menjadi ibu kepada anak² abang.
 
Isteri ini sanggup berpeluh berminyak mukanya setiap hari,
kerana menyediakan makanan yang enak untuk abang sefamili.
 
Demi cinta seorang isteri terhadap suami.
Sehelai sutera grade tinggi kini menjadi kain buruk koyak dan berminyak.
 
Okay, panjang dah cerita tentang isteri.
Meh abang, kita londehkan pula seluar abang.
 
Tu, tengok kerandut telur kau tu bang.
Kedutnya, kendurnya, kecutnya..sama je macam breast bini kau.
Takde mana-nya kantung tu makin gebu.
Kalau ditenung lama, rasa nak lastik je. Bagi pecah.
 
Jadinya, kau pun sama je bang,
kondisi abang dengan kain buruk dah lebih kurang.
Graviti itu adil.
 
Maka dengan ini, kurangkanlah kegatalan.
Banyakkan amalan.
Moga jodoh kau laki bini berpanjangan.

Beg Sekolah

Bawa kereta selaju mungkin.
Anak manja saya ni dah terlambat sehingga tertinggal bas. Jadi tengahari ni terpaksa jugalah saya hantar.

Sampai sahaja di perkarangan sekolah,
terdengar suara halus di tempat duduk belakang;

“Mami, beg sekolah Wafi mana?”

Eeii…rasa nak tunjal kepala budak je harini.

Security guard dah tak heran tengok kereta saya keluar masuk banyak kali dalam satu hari. Kadang² lupa beg sekolah. Ada masanya kasut sekolah pun lupa pakai. Stokin je diorg sarung.

Siapa ada anak pe’el macam ni?

Lelaki mandul lebih baik

Perokok jangan jadi ayah.
Bila dah jadi ayah, janganlah merokok.

Sakitnya hati saya melihat aksi manja ayah dan anak ini. Berkepul-kepul asap dihembus ke anak.

Buat anak memang senang bang.
5 minit goncang, siap. Cuma yang lagi 9 bulan tu kerja bini la.

Lepas lahir je anak, kos hidup bertambah.
Kos merokok bertambah. Risiko anak sakit asthma dan kanser juga bertambah.

Bila dah sakit tu bang, jual kereta pun tak cukup nak tanggung kos rawatan, aku cakap betul ni. Asap yang kau hembus tu, racun cair untuk kau, tapi racun pekat untuk paru-paru kecil anak kau.

Kak, tak ingat ke sakit bersalin dulu?
Kenapa kau biarkan anak yang kau lahirkan tu bernafas dalam racun?
Mana sifat keibuan kau, kak?

Aku harap semakin banyak racun diletakkan di dalam rokok oleh pengilang.
Biar perokok² muda tak ada benih terus! Mandul lebih baik.

Sebabnya, yang ada sekarang ni pun sedang membunuh zuriat mereka sendiri.

Aku nak Pak Ket

Saya sepatutnya berpantang makan setahun, atau dua…atau selamanya. Implan kali ni macam tak serasi dengan kaki…memanjang kena infection.
Tiap kali makan seafood, maka bengkaklah ia.
Pabila bengkak, ke hospital lah kita.

Nak dijadikan cerita, punya la bagus pantang 2 bulan tanpa mendatangkan masalah, tup2 bulan posa ni memacam teringin.
Masa ni la rasa nak bantai Sambal Udang Petai, Kari Ketam, Sotong Masam Manis..segala makneka.

Sudahnya..lagi seminggu nak raya, kaki pun bengkak..isk, isk!

Dengan tangisan pra Aidilfitri, saya pun melepaskan anak kecik, si Wafi pada tangan Aki dan Wan nya untuk dibawa ke Pahang. Rasa menyesal campur pilu sebab terkenangkan anak2 sambut raya tahun ni macam anak yatim. Takde mak takde abah. Abahnya keje nu ha di perantauan. Mak pulak nak beraya di hospital. Apakah kemalangan ini?

Maka, check-in lah saya ni di PPUM pada hari Isnin, 13hb August 2012. Gila syahdu sampai biskut raya pun lupa nak bawak. Mak hantar sampai emergency je, pastu terpaksa balik sebab nak jemput Danish balik dari sekolah.

Dah siap daftar, saya bawa kereta ke parking, unloaded luggage yang banyak giler, tolak wilcha slow2 sampai wad. Mak aih..nak tercabut kaki dan nyawa nak menyampaikan diri ke wad.
Bukan satu trip…malah 2 trip untuk tolak barang. Kaki sakit, jalan kecok2..tolak barang2 sendiri.
Sedisss…sobs.

Nurse semua tanya, “Hang ni pasaipa masuk wad nak dekat raya ni? Hang nak beraya kat hospitai ka?”
Ha’ah. Memang pun. Nak rasa pengalaman baru. Konon la kan.

“Nah, ni gelang raya”, nurse sarungkan tag nama kat pergelangan tangan. Tsk..tsk..emas putih (tag hospital).

“What a familiar face!” Prof Vivek cakap kat saya..
Yeah..I know.

Dr. Azura menyampuk, “Kita buat debridement. Then you can go home for couple of days. Lepas kita dah dapat result dari swab tissue, kita call you masuk untuk antibiotics.”

WHATTT??? Really???
Wahahaha!!! Bagus! Bagus!
Lega kepala.

Tapi sebelum tu nak gak cerita pengalaman beberapa hari di wad.
Kat wad ni, macam2 perangai patients. Especially yang tua2.
Kekadang saya gelak sorang2 bila diorg buat stunt.

Ada sorang makcik tua ni. Kira taraf opah la bagi saya.
Rambut inai kaler oren. Dah macam Lady Gaga pun ada.
Kaki makcik ni bengkak, kena Cellulitis.
Ada selulit pun masuk wad ke?

Haipp…cellulitis dengan cellulite lain hokey!
Ko jangan tersilap sebut. Cellulitis tu jangkitan kuman pada tisu badan.
Cellulite tu sebab ko banyak makan cheesecake.
Tu yang jadi macam gelombang ombak rindu kat peha, buntut segala.

Ok, makcik ni best. Hari pertama dia merungut2.
Habis katil digegar2. Dimarahnya nurse, kata nurse tak buat kerja la, nurse tidur la.
Dimarahnya anak2 dia, “Tak guna punya anak2. Hantar aku kat hospital nak dekat raya.”

Malam itu kitaorang sebilik tak boleh tidur sebab dia bising ambil cawan plastik, ketuk katil. Kelentung kelentang bising.
Then..dah nak dekat subuh, baru je kitaorang nak terlelap..tetiba disentap dengan suara tua

“ADOIIIII!!!”

“Haaaa….makcik! Nak pergi mana???? Kenapa sampai jatuh ni???”

“Makcik nak pergi buang air”

“Kenapa tak panggil nurse”

“Makcik ingat kamu tidur…”

Kesian nurse yang keje night shift hari tu. Kena balik pukul 12tgh, then masuk shift balik pukul 4ptg. Padahal nurse tu boleh balik pukul 8pagi. Masam muka dia tak cukup tidur esoknya.

Sejak insiden jatuh tertiarap tu, makcik tu semakin pasif.
Takde dah ketuk2 cawan.
Takde dah mengomel marahkan sesiapa. Habis semua orang dijemput makan.
Dia lupa..orang lain puasa.

Ada hikmahnya juga makcik tu tersembam. Dapat la kitaorang tidur siang mahupun malam. Sebab lepas tu makcik tu tidur je, takut kena marah lagi. Alhamdulillah.

Bilik sebelah pulak lain ragamnya.
Mengamuk nak pak ket. “Aku nak pak ket, aku nak pak ket.”
Siapakah ‘pak ket’?
Kekasih gelapkah? Suami kah? Along kah?
“Makcik, pak ket tu apa?” tanya nurse.
Kemudian nurse sorang lagi datang…”Makcik nak apa?”
“Aku nak pak ket..ni ..ni!” tangannya menunjukkan sesuatu.

“Laa…ini bukan pak ket namanya, ini blanket la makcik..hahaha”
“Owh..makcik dengar orang sebut pak ket”

Sabar je la…